Marquee

Sila klik pilihan menu dibawah

Tatabahasa

PEJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang unit benda, orang, haiwan, tempat dan sebagainya. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

 

Penjodoh Bilangan

Penggunaan

Contoh

angkatan  

kumpulan orang, benda

tentera, kapal perang

bakul

benda di dalam bakul

durian, rambutan, sayur

baris

benda yang berbaris

rumah, kedai, pokok

batang

benda yang lurus dan panjang

kayu, pembaris, pokok

bentuk

benda yang kecil atau berlekuk

mata kail, cincin

berkas

benda yang diikat

buluh, kayu, rotan

bidang

benda yang luas dan lebar

sawah, tanah, kain

biji

benda yang bulat

telur, epal, bola

bilah

benda yang tajam dan runcing

pisau, parang, kapak

botol

benda yang diisi di dalam botol

susu, air minuman

buah

benda yang bentuknya atau jenisnya yang tidak tentu

buku, rumah, kerusi, kereta

buku

benda yang berbongkah atau berketul

roti, sabun, benang

bungkus

benda yang dibungkus atau dibalut

biskut, garam, nasi lemak

butir

benda yang kecil

manik, batu permata, padi

cawan

benda yang telah dimasukkan ke dalam cawan

kopi, teh

carik

benda tipis yang berkeping-keping atau dikoyakkan

kain, kertas

cebis

benda yang dipotong kecil-kecil

kain, kertas

cekak

benda yang boleh dicekak dengan tangan

padi, lidi

cubit

benda yang diambil sedikit dengan mencubit

garam, daging, gula, nasi

cucuk

benda yang dicucuk dengan lidi

sate, bebola ikan

das

bunyi tembakan senjata api

tembakan pistol, tembakan meriam, tembakan senapang

deret

bangunan yang bersambung

kedai, rumah

dulang

makanan yang diletakkan di atas dulang

kuih, lauk, air

ekor

haiwan

kuda, kucing, ayam

gelung

benda yang panjang dan bergelung

dawai, rotan, tali, wayar

gemal

benda yang dikumpulkan dan diikat

padi, rumput

genggam

benda yang digenggam dalam tangan

beras, garam, gula, nasi, pasir, padi

gerombolan

kumpulan orang jahat

perompak, penjahat, penjenayah

gugus

benda yang banyak dan dalam serangkai

buah anggur, bintang, pulau

gulung

benda yang panjang dan bergulung

tikar, tilam, kertas

gumpal

benda yang berkumpul dalam ketulan

kapas, tembakau, kekabu

helai

benda yang nipis, lebar dan lembut

baju, selimut, tuala

hiris

benda yang sudah dipotong tipis-tipis

bawang, daging, timun

ikat

benda yang diikat

kayu, sayur

jambak

benda yang banyak dan serangkai

kunci, bunga

jambangan

bunga yang digubah untuk perhiasan

bunga

kajang

helaian yang besar

kertas, kain

kaki

benda yang bertangkai

payung, cendawan

kawan

kumpulan binatang

burung, lembu

keping

benda yang nipis dan pipih

papan, kad, roti

kepul

benda yang berkepul-kepul

asap, awan

kotak

benda yang disimpan di dalam kotak

biskut, pensel, paku

kumpulan

kumpulan manusia atau binatang

pelajar, gajah

kuntum

bunga

bunga  ros

labuh

benda yang dapat digantung

kelambu, langsir, tirai

laras

senjata api

senapang, meriam

lembar

benda yang panjang dan halus

benang, rambut, dawai

longgok

benda yang berlonggok

buah-buahan, pasir, ikan

mangkuk

benda yang diisi di dalam mangkuk

bubur, mi, sup, nasi

naskhah

bahan bacaan yang berkeping-keping

buku, majalah, surat khabar

orang

manusia

pelajar, petani, guru

papan

benda yang berkeping-keping

petai, mercun

pangsa

bahagian buah-buahan

durian

pasang

manusia atau benda yang berpasangan

anting-anting, mata, pengantin

pasukan

sekumpulan manusia yang berpakaian seragam

tentera, pengakap

patah

perkataan atau percakapan

perkataan

penggal

benda yang sudah dikerat

rotan, tebu

pinggan

benda di dalam pinggan

nasi, mi

pintu

bangunan yang berderetan

kedai, rumah

potong

bahagian benda yang dipotong

roti, kuih, seluar

pucuk

senjata api dan benda yang halus atau tipis

jarum, pistol, surat

rawan

benda yang diperbuat daripada tali atau nilon

jala, jarring, pukat

rincih

benda yang sudah dipotong kecil-kecil

pinang, bawang, daging

ruas

benda yang beruas-ruas

tebu, buluh

rumpun

tumbuh-tumbuhan yang tumbuh berkumpul

buluh, lalang, padi, serai, rumput

sikat

bahagian daripada satu tandan pisang yang masih melekat pada sikat atau sisirnya

pisang

tandan

gugusan buah yang bertandan

pisang, pinang, kelapa

tangkai

benda yang bertangkai

rambutan, bunga

teguk

minuman yang ditelan sekali

air, kopi, susu

titik

cecair yang menitik

air, dakwat, darah

timbun

benda yang bertimbun

pasir, sampah

tompok

benda yang bertompok

warna, cat

tongkol

tumbuhan yang buahnya bertongkol

jagung

ulas

isi buah-buahan

manggis, durian, nangka

untai

benda yang dicucuk atau tulisan berangkap

rantai manik, pantun, sajak

urat

benda yang panjang dan halus

dawai, benang, rambut

utas

benda yang panjang dan dapat digulung

rantai, tali, dawai

 

Sumber :Cikgu Zaiful


Minggu Bahasa Melayu

                                             Taklimat Bahasa Melayu di SMK Tasek Utara 2